QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
9 September 2010

Diari: ada apa pada namaku?

Bila tak ada kerja, mula lah mencari kerja. Kadang-kadang kerja yang tak patut dikerjakan, itulah yang aku kerjakan.  Awal-awal pagi lagi internet ni yang di on dulu. Kononya nak cari info baru buat tazirah buat diri di pagi hari. Tapi, kadang-kadang tersasar juga dari niat.  Aku membuka google search. Tiba-tiba terdetik menaip nama sendiri. Jari pun mulalah di atur untuk menekan button-button yang ada huruf pada laptop adik. Satu persatu ku tekan. Hinggalah complete satu nama yang mak ayah ku beri 23 tahun yang lalu,

"Sukmawati binti Mohd Said"...Alhamdulillah lengkap...

Mulalah ku gerakkan cursor untuk klik button search. "Tak sangka aku, ada juga orang yang sebiji dengan nama aku.." sambil gelak sendirian. Tapi bukan itu tujuanku yang sebenar. Satu persatuku amati. Mana tahu ada yang berkaitan.. Akhirnya, aku ketemu apa yang di cari...
  1. gss : majlis berbuka puasa bersama YAB ketua menteri Sabah 2009
  2. SMK Badin : Pelajar Terbaik 2004
  3. blog ni pun tersenarai juga..(^_^)
  4. blog ke dua aku pun ada
  5. Senarai Peminjam Yang Tidak Pernah Membuat Bayaran Balik...
Sambil tergalak sendiri, tersenarai juga nama ini dalam senarai yang ke lima tu.. dan yang kedua tu kenangan paling manis dalam hidup kami adik beradik. PMR (adik-sekarang di UniMAP dalam dgree kej. logam), SPM (aku~alhamdulillah), dan STPM (kakak-tapi tak tersenarai dalam top three..tak pe, kakak pun dah jadi cikgu dah pun) ...

*********
Dulu aku pernah terfikir, kenapa aku di beri nama ini.. Dulu aku pernah rasa rendah diri sebab nama ni. Yelah selalu di ejek. Tapi sekarang aku dah boleh terima. Alhamdulillah. "kalau nama tidak ada makna, tak apa jangan nama lawa tapi maksud tak bagus". Tu lah nasihat salah seorang sahabat blogger aku suatu ketika dahulu. Syukran jiddan aku ucapkan. Apa-apapun, nama ni adalah hadiah mak ayah aku sempena kelahiran ku pada 10 Januari 23 tahun yang lepas. 

Aku tertarik untuk mengkaji makna nama aku ni..memang unik (sekadar sedapkan hati)..

  • SUKMA: ruh? [sumber](InsyaALLAH sedang mengkaji)
    WATI: wati (dlm bahasa arab huruf t tu bila dieja dgn ط) maka jadilah وطئ yang membawa maksud bersetubuh..[sumber]
    Wati, jika ditulis huruf jawi (Ta') pada huruf T pada Wati itu, ia tidak mengandungi apa-apa maksud. Namun, jika huruf T tersebut ditulis dengan huruf (To") dalam huruf Arabnya, maka ia membawa maksud bersetubuh.
    lega sikit hati ni..namun tetap akan teruskan pengkajian-InsyaALLAH

*********
Dulu seorang sahabat pernah bertanya "Macamana boleh dapat nama 'Suki'?". Nak jawab 1 hal juga. Sebenarnya nama ni kawan yang bagi semasa diploma dulu. Dulu kebanyakan sahabat-sahabat aku budak-budak perladangan. Tak pasal-pasal aku pun dapat nama saintifik ni. 

Pernah awal-awal semasa aku masuk dgree ni. Roomate tanya "Kenapa guna nama Suki? tak sesuailah dengan orang, Apa kata Ana panggil Su je?" Entahlah Ana. Dulu aku selalu tegur kawan aku yang panggil aku Suki..Yela bunyi je pun macam nama kucing. hehehe...

Ok lah rasanya terlalu banyak aku membuang masa untuk ini. InsyaALLAH ada masa lagi, aku akan coret lagi ruangan-ruangan ini...Tapi hanya 5% akan berkisar si penulis ini. Tapi aku akan usahakan juga ada info yang boleh di kongsi di dalamnya.. Dan 95% lagi aku nak 'wakafkan' untuk tujuan Ilmu...InsyaALLAH

wassalam...

akhir Qalam: Mohon di perbetulkan kalau ada yang silap..

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail