QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
26 September 2010

Diari : Sahabatku....

Tak sangka begitu pantas masa berlalu.  Walaupun dalam kesibukan menyiapkan Technical Report, masih berkesempatan lagi untuk aku melayan perasaan.  Yaa perasaan cintaku terhadap sahabat-sahabat.  Entah kenapa kadang-kadang aku dah merasa suatu perasaan sebak untuk berpisah dengan sahabat-sahabat.  Padahal ada masa lagi.  Tetapi masa ini dah terlalu singkat buat aku. 


Perasaan berpisah dengan sahabat lebih menyentuh perasaanku berbanding perpisahan dengan 'dia'. Kerana ikatan persahabatan itu suci.  Tak pernah di kotori oleh dosa-dosa.  Kerana kasih sayang ALLAH aku bertemu dengan mereka tanpa ku pinta.   Begitu juga perpisaan yang bakal terjadi bukan ku pinta.  Namun  ku yakin kerana kasih sayang ALLAHlah  kami akan membawa haluan masing-masing. 

Tanpa aku sengaja, aku terjumpa lagu ni.  Ya ALLAH menitis air mata ini bila membaca tiap bait ayat yang ada.  Mengenangkan saat yang bakal menjelang tiba itu, nak tak nak, saat itu pasti akan aku hadapi... InsyaALLAH aku akan tabah menghadapinya.

Sahabatku, aku sayang ukhwah persahabatan ini... Jika boleh aku ingin membuang noktah yang bisa menamatkan waktu kita bersama.  Namun, perancangan ALLAH mengatasi segala perancanganku.. Aku pasrah sebagai hambaNYA yang lemah..


Pertemuan...
telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguhnya ikatan ini..

sahabat...
yang amat ku kasihi..
susah senang kau disampingku..
kehadiran dikau disisi..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...
yang amat ku cintai..
susah senang kau disampingku..
walau kini hilang dimata..
namun kau tetap dihatiku..

sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku...
hanya satu dalam beribu.....

sahabat yang amatku cintai...
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini...
hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamar perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku...


0 tautan:

Updates Melalui E-Mail