Dalam mencari malam lailatur qadar, Imam al-Ghazali meninggalkan formula yang boleh kita ikuti demi mencari malam penuh berkat itu.
Katanya,.....
- jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan.
- Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.
- Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
- Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.
Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.
Sumber : Meniti fitrah kehidupan
0 tautan:
Catat Ulasan