QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
19 September 2010

Diari : Perjuanganku di sini hampir kepenghujungnya..

Setiap yang Allah ciptakan di muka  bumi ini mempunyai pasangannya masing-masing. Adam dengan hawa, malam dengan siang, hidup dengan mati. Pertemuan dengan perpisahan. Begitu juga dengan dengan perjuangan ku di bumi UiTM ini. Dua bulan lagi akan berakhir. Terasa baru semalam aku mendaftarkan diri sebagai pelajar baru. Di sini banyak yang aku belajar. Gembira kerana akan balik semula  ke tanah kelahiranku di negeri di bawah bayu. Namun dalam kegembiraan itu, terselit juga sedikit rasa hiba dan sedih di dalam hati. Di sinilah aku banyak mengenal ilmu dunia dan akhirat. Andai aku lemah, ada sahabat yang mampu menguatkan aku kembali. Aku pasti akan merindui segala kenangan di sini...kerana perjuangan ku hampir sampai ke penghujungnya...



yaaa...aku ada dua bulan lagi untuk menatap wajah sahabat-sahabat seperjuangan, ..T_T. Aku tak pasti adakah aku berkesempatan lagi untuk sampai ke sini selepas ini...... Adakah aku berpeluang lagi untuk bertemu dengan sahabat yang sekarang ini bersama-sama  denganku menuntut ilmu dan pengalaman disini? 
????

..:: pertanyaan yang tak pasti lagi jawapannya.....::..

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail