Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Sepanjang bulan Ramadan lalu program tadarus yang dirancang dapat dijalankan tanpa sebarang masalah. Melalui program ini aku dapati masih ramai lagi teman-temanku yang tidak bisa mengaji dengan betul. Tetapi Alhamdulillah, kesemua mereka masih dapat membaca al-quran walaupun masih terdapat banyak kesalahan daripada segi tajwid, makhraj huruf dan panjang pendek bacaan. Aku tidak menyalahkan mereka di atas kekurangan ini kerana aku sedar terdapat banyak faktor yang mungkin tidak membolehkan mereka untuk mengaji dengan lancar. Namun berkat daripada tadarus ini mereka bisa mempamerkan peningkatan daripada segi kelancaran mengaji dari sehari ke hari.
Syukur, aku sendiri diajar mengaji oleh ibuku. Dan mungkin berkat daripada seorang ibu, aku bisa mengaji dengan agak baik dan lancar walaupun masih terdapat beberapa kesalahan yang harus dibetulkan.
Namun apa yang aku ingin tekankan di sini bukan hanya soal diriku dan teman-temanku yang masih tidak mampu membaca al-Quran dengan betul tetapi kepada semua insan yang bergelar lelaki di luar sana.
Khalifah Umar pernah menyatakan terdapat 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu:
- memberikan nama yang baik
- mengajarkan mengaji
- mencarikan ibu yang baik untuknya
Lalu wahai sahabat-sahabatku di luar sana..
Andai kita sebagai seorang lelaki tidak mengambil berat akan hal pembacaan al-Quran, masih layakkah kita untuk bergelar sebagai ketua kepada sebuah keluarga kelak?..
Tidak malukah kita, andai kita tergagap-gagap untuk membaca Al-Quran di hadapan bapa mertua kita kelak dan mungkin saja al-Fatihah pun kita masih tidak mampu untuk membacanya dengan lancar..
Sahabat-sahabat, mesti nak kahwin kan????
Jadi jangan lupe bagi lancar al-Fatihah dulu ye.....
Jangan nanti tak jadi kahwin sebab tak reti baca al-fatihah..
Dan layakkah kita untuk bergelar seorang ayah?
Ya, mungkin ada yang akan mengatakan suruh saja si ibu yang mengajarkan anak ataupun hantar sahaja anak ke mana-mana ustaz. Namun, bisakah untuk kita lari daripada tanggungjawab kita ini yang kelak pasti akan di soal oleh Allah S.W.T.. Fikirkanlah wahai sahabat, seorang anak akan lebih selesa mengaji bersama bapanya atau bersama orang luar yang mungkin sebelum ini tak pernah dikenalinya?
Si ibu sudah mendapat pahala yang sangat besar seperti berjihad di medan perang sewaktu melahirkannya, lalu mengapa kita tidak mencuba untuk mendapatkan pahala ilahi...untuk menggapai redhanya dengan sekadar mengajarkan anak-anak kita mengaji?
Ok...Mungkin kita masih terlalu muda untuk berbicara soal anak..tapi INGAT jika hal ini dianggap remeh maka akan remehlah masa hadapan rumah tangga anda kelak..
Rancanglah perjalanan hidup kita sebaik mungkin dan Al-quran adalah sebaik-baik rujukan.
Kepada rakan-rakanku: Jadikanlah membaca Al-Quran sebagai satu budaya.. Janganlah hanya membaca apabila disuruh ataupun sekadar membaca di bulan Ramadan.. Sesungguhnya, Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah wasiat Rasulullah S.A.W. yang harus dijaga walaupun mesti dipertaruhkan dengan nyawa..
Renungkanlah wahai sahabat yang ku kasihi..
Kelak di pusara ibu bapa kita siapa yang akan membacakan yasin dan tahlil untuk mereka?
Siapa yang akan mendoakan kesejahteraan mereka?
Siapa yang akan menolong mereka berhadapan dengan yang Esa?
KITA!..
Ya, kita yang akan mendoakan mereka lalu andai al-Quran tak mampu kita baca kepada siapa lagi kedua ibu bapa kita harus mengharap..
INGAT!!!
"Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya"...
Fikir-fikirkanlah
Tepuk dada tanyalah Iman...
0 tautan:
Catat Ulasan